Wednesday, December 8, 2010

Udon Goreng

Bahan A
500gm japanese udon noodles or chinese thick noodles
5 bawang putih – basuh, cincang
3 dried shiitake mushroom/cendawan kering hitam – basuh rendam dgn 1 caw air sejuk
300gm isi scallops/kekapis – basuh ketepikan
1/8 kobis – potong serong
2 biji cili hijau - potong
1/2 biji carrot – basuh, potong
minyak untuk menumis secukupnya

Bahan B
2 1/2 sb kicap manis ABC @ kicap pekat (jika guna kicap pekat biasa sila tambah 1 sb gula)
2 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1/2 sk garam
1/4sk lada hitam tumbuk
1sb powder chicken cube

Cara-cara
  1. Basuh, rendam cendawan dengan 1 caw air sejuk sahaja bukan air panas , nanti ia liat, ketepikan, bila ia mula lembut gunting cendawan dan letak balik dalam air rendaman tersebut kerana ia diperlukan untuk masak dengan udon.
  2. Campurkan, satukan semua bahan B dalam satu mangkuk kacau rata dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga harum dan sedikit kekuningan, masukkan, cendawan 1-2 minit, dikuti kobis, goreng lagi 2-3min, diikuti carrot, diikuti udon, goreng lagi selama 2-3 minit, tuangkan air cendawan goreng hingga udon kering, diikuti scallops, masak hingga scallops mula masak
  4. kemudian curahkan semua bahan B, jika perlu tuang air sikit, goreng hingga kering, gaul rata dengan cili hijau, goreng 2-3 minit, tutup api,
  5. hidangkan dengan cili padi potong dan sedikit napla, kicap cair dan sedikit perahan air limau kasturi, limau nipis atau lemon