Saturday, March 6, 2010

Seafood Black Hokkien Udon Noodles

Bahan A
500gm japanese udon noodles or chinese thick noodles
5 bawang putih – basuh, cincang
3 dried shiitake mushroom/cendawan kering hitam – basuh rendam dgn 1 caw air sejuk
300gm clams/siput lala – basuh ketepikan
2 genggam isi udang/shrimp without shell – basuh ketepikan
1/2-1 ikat sawi /green mustard – basuh, potong
1/8 kobis panjang/chinese long cabbage – potong serong
1/2 biji carrot – basuh, potong
Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan B
2 1/2 sb kicap manis ABC @ kicap pekat (jika guna kicap pekat sila tambah 1 sb gula)
1 sb kicap cair jepun
1/2 sk garam
1/4sk lada hitam tumbuk
1sb tepung jagung
1 caw air

Cara-cara

  1. Basuh, rendam cendawan dengan 1 caw air sejuk sahaja bukan air panas , nanti ia liat, ketepikan, bila ia mula lembut gunting cendawan dan letak balik dalam air rendaman tersebut kerana ia diperlukan untuk masak dengan udon.
  2. Campurkan, satukan semua bahan B dalam satu mangkuk kacau rata dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga harum dan sedikit kekuningan, masukkan, cendawan 1-2 minit, dikuti kobis panjang goreng lagi 2-3min, diikuti carrot, diikuti udon, goreng lagi selama 2-3 minit, tuangkan air cendawan goreng hingga udon kering, diikuti udang dan siput goreng hingga udang mula masak dan siput mula terbuka, kemudian curahakan semua bahan B, goreng hingga mendidih dan berkuah, gaul rata dengan sawi goreng 1 minit, tutup api,
  4. hidangkan dengan cili padi potong dan sedikit napla, kicap cair dan sediit perahan air limau kasuri, nipi atau lemon