Friday, March 19, 2010

Cucur Udang & Sayur-Sayuran

 bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk serbuk kunyit - ikut suka
1 sb serbuk cili or cili kering or cili merah segar blend- ikut suka, lebih pun ok
1sk garam halus
1-2 sk gula - ikut suka
1/2 ikat daun kuchai - potong 1 1/2"
1 cawan taugeh
1/2 frozen jagung
1/2 carrot - sagat memanjang
2 genggam isi udang segar
1 cawan air
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
campurkan dan gaul rata tepung, garam, gula, serbuk kunyit, serbuk cili dan baking powder, masukkan pula udang dan sayur-sayuran gaul hingga mesra, tuang air gaul sebati, panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng cucur dengan menggunakan api sederhana perlahan sahaja, jemput dengan tangan atau sudukan adunan tadi dengan sudu, letak satu persatu dalam minyak panas, balik-balikan, goreng hingga secukup masak dan kuning keemasan, hidangkan segera bersama sos cili buatan sendiri, chili sauce atau kuah sambal kacang kegemaran.