Friday, February 12, 2010

Puding Agar-Agar Telur Dengan Susu Segar

instant agar-agar serbuk bergantung pada brand, sila ikut sukatan air dan gula yang tertera dalam peket tersebut.

bahan-bahan (6 biji)

  • 5gm inst. agar-agar powder + 60gm gula + 250gm susu segar } mixed ketepikan
  • 1 biji kuning telur + 1/2 sk vanilla essence + 1/2 sk warna kuning + secubit garam + 50ml susu segar/air} mixed, ketepikan
cara-cara

  1. masukkan bahan-bahan ke dalam saucepan seperti instant agar-agar powder, gula, gaul rata dulu, tuang susu kacau rata, masak hingga mendidih,
  2. tutup api,
  3. tuang kuning telur yang telah dibancuh dengan vanilla essence, pewarna kuning dan garam, kacau rata,
  4. tuang dalam acuan yang disukai, bekukan, hidangkan,
  5. kalau letak sekali putih telur pun boleh juga, sila tambah lagi 50ml susu segar/air
  6. saya guna putih dan kuning telur dari sebiji telur dan saya letak air 100ml