Monday, January 18, 2010

Serawa @ Pengat Pisang Montel

bahan-bahan
5 biji pisang montel
santan cair secukupnya
pati santan secukupnya
1/2 gula kabung
1/4 caw gula
1/4 caw sagu
1 daun pandan
secubit garam

cara-cara
Buang kulit pisang dan potong menyerong dalam periuk yang sesuai, tujuan nyalakan api dapur paling maximum atau paling besar sekali untuk menentukkan buah pisang tidak hancur atau lembik apabila dimasak, tuang santan cair secukupnya dalam periuk yang berisi buah pisang, jurus sekali arung biji sagu kemudian tuang kedalammnya, masukan gula kabung dan gula putih serta garam, koyakan daun pandan serta simpulkannya dan masukkannya dalam periuk, timbuk-timbukkan santan supaya ia tidak meruap, bila cukup masak masukkan pati santan masak seketika, hidangkan