Saturday, January 30, 2010

Pizza

bahan-bahan (menghasilkan 3 biji pizza crust)
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50ml olive oil or minyak masak
150ml air
1 sk baking powder
1 sk garam halus

cara-cara
  • Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam, gaul rata
  • Kuak-kuakkan tepung, buat lubang di tengahnya, masukkan olive oil di ikuti dengan air, gaul rata kemudian uli, rehatkan doh dan biarkan seketika, canai agak-agak nipis, bentangkan baking papper kemudian letak doh dalam dulang pembakar, sapukan pizza sauce kemudian tabur dengan apa-apa topping yang disukai
  • Bakar pada suhu 210C, masukkan dulang pembakar dalam oven ditingkat No.1 dari bawah. Bakar selama 15 -30 minit bergantung pada ketebalan.
  • Jika guna microwave atau oven toaster selok-eloknya bakar dahulu pizza crust itu hingga separuh kekuningan kemudian ratakan dengan pizza sauce dan topping yang disukai serta cheese kemudian bakar balik hingga kekuningan, hidangkan jangan lupa alas dengan baking papper sebelum membakar, sekiranya dulang pembakar jenis non stick baking tray tidak perlu alas baking papper
  • Pizza Sauce
  • bahan-bahan
  • 1 sb olive oil or minyak masak
  • 1 biji bawang besar size sedang - potong cube
  • 2 ulas baw putih - dicincang or tumbuk
  • 425gm can peeled tomatoes , crushed
  • 1 sk dried basil or fresh
  • 1 sk dried oregano
  • 1 sk gula
  • garam & gula secukup rasa
  • cara-cara
  • Panaskan minyak, masukkan bawang besar, perlahankan api, goreng selama 5 minit hingga bawang lembut diikuti bawang putih goreng selama 1 minit
  • Tuangkan tomato, herbs oregano & basil , gula, perlahankan api, renish selama 10 minit, kemudian perasakan garam dan crush lada hitam secukupnya, sejukkan dan ketepikan
  • Cara penyimpana, pizza sauce boleh disimpan dalam bekas kedap udara selama 2 hari didalam refrigerator atau boleh di frozen dan simpan dalam freeze selama 2 bulan