Friday, May 22, 2009

Kek Kukus Caramel Dengan Susu Cair

bahan-bahan
150gm or 2/3 caw gula
100ml or 1/2 caw air panas
70gm or 2 1/4 oz butter - cairkan
75 ml or 1/3 caw susu cair/evaporated milk atau susu segar
1 telur - pukul sedikit dgn garpu
150gm or 1 1/4 caw tepung gandum
l sk soda bicarbonate
secubit garam halus
70 gm or 1/4 caw gula

cara-cara

  1. Masak gula 150gm itu jadikan ia caramel, masukkan air panas 100ml jadikan ia satu sukatan 160-170ml adunan air gula caramel, jika kurang tambah sedikit air
  2. Campurkan air gula caramel suam tadi ke dalam butter cair, susu cair dan telur yang di pukul sedikit dgn garpu kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  3. Ayak 150gm tepung gandum + 1sk bircarbonate soda + secubit garam} ayak sebanyak 3 kali berturut-turut.
  4. Masukkan pula 70gm gula bersama tepung yang telah diayak tadi, kacau sebati didalam besen besar, buat lubang di tengah, tuangkan sedikit-sedikit bancuhan air gula dengan sudip atau pemukul telur sedikit-demi sedikit hingga habis dan jadi satu adunan kek, ketepikan
  5. Sapu dulang kek dengan sedikit butter supaya ia tidak melekat apabila ia masak nanti, kemudian tuang adunan ke dalam dulang kek
  6. Kukus didalam periuk kukus selama 40-45 minit
  7. Untuk mengetahui kek itu masak atau tidak cucuk kek tersebut dengan lidi sekiranya tidak melekat pada lidi itu bermakna ia sudah cukup masak, angkat, sejukkan, kemudian keluarkan dan potong ikut suka.
  8. perhatian pada 35 minit pertama jangan sekali-kali dibuka tudung pengukus, kerana kek akan menjadi mampat dan mendap, rupanya juga akan menjadi hodoh dan buruk serta berlapis-lapis.