Friday, April 1, 2011

Butter Prawns

bahan-bahan
600 gm udang segar size besar
2 sb minyak bijan @ minyak masak
1 sk garam
1 sk gula
3 sb butter
1 biji kuning telur
5 biji cili burung (ikut suka dipotong atau guna sebiji)
3-4 pelepah daun kari
6 ulas bawang putih (dicincang)
1-3 s/b susu cair evaporated milk @ santan pekat @ susu segar @ fresh cream
sedikit lada hitam
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara

  1. Udang digunakan seekor-ekor jangan dibuang kulit atau  disiang, basuh sahaja, keringkan airnya dalam penapis kemudia marinate dengan minyak, gula, dan garam, kacau sedikit peram selama 1/2 jam.
  2. Cincang bawang putih, hiris cili jika suka, kalau tidak guna sebiji2 cili burung.
  3.  Panaskan kuali bersama sedikit minyak masukkan udang balik2kan udang sebelah2 ke sebelah goreng udang setengah masak selama 1-2 minit kemudian kemudian keluarkan udang dalam kuali,  Basuh kuali yang sama jika tiada kuali lain, jika guna kuali yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu dikhuatiri nanti tak jadi butter prawns yang diidam-idamkan, jadi sila ikut peraturan.
  4. Guna kuali yang lain dengan menggunakan api yang perlahan masukkan butter biar ia cair sedikit kemudian masukkan kuning telur, kacau ia sehingga berbuih sehingga sedikit sahaja kekuningan , masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari, masak sampai bawang putih naik bau, masukkan udang balik2kan hingga udang masak, masukkan susu cair, sedikit lada hitam dan ajinomoto jika perlu.
  5. Ikut citarasa masing2 terpulanglah samaada butter prawns jenis berkuah atau kering, ikutkan ikut resipi sebenar ia kering dan sedikit berhampas macam hampas kelapa atau serbuk nestum