Thursday, January 27, 2011

Blueberry Banana Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas@ jar matrik)
200gm tepung pankek
1/2 sk garam
100ml gula
50ml fresh cream
1 telur size kecil - pukul sikit sahaja
25ml minyak masak
100ml pisang montel masak ranum yang telah di lecek halus
50ml plain yogurt
1/2 caw frozen blueberry

cara-cara
panaskan oven 200C, campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masukkan pisang lecek dan blueberry, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan