Tuesday, December 7, 2010

Sweet & Sour Prawns

bahan-bahan
300gm isi udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, angkat, ketepikan
1 biji bawang besar - potong
5 biji cili muda - potong
2 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang
1 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1 sb soft brown sugar
1/2 caw ketchup tomato/sos tomato
1/2 caw chili sauce/sos cili padi - saya buat sendiri
1 sb madu lebah (optional)
1 sk tepung jagung + sedikit air sedikit black pepper sedikit garam tepung jagung secukupnya untuk salut udang minyak untuk menumis secukupnya
sedikit saseme oil/minyak bijan (optional)
sedikit bijan goreng tanpa minyak (optional)

cara-cara
  1. udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, ketepikan
  2. tumis bawang putih & halia cincang, hingga naik bau dan sedikit kekuningan
  3. curahkan oyster sauce & kicap cair goreng seketika biar ia naik bau sikit,
  4. masukkan soft brown sugar & madu , sos tomato & sos cili goreng lagi hingga naik minyak ,
  5. masukkan bawang besar masak sedikit layu diikuti cili hijau masak bagi sikit layu,
  6. tuangkan sedikit air tepung jagung dengan sedikit air suam secukupnya, masukkan udang yang telah digoreng tadi dengan sedikit sahaja lagi crush black pepper, gaul rata, tuang beberapa titik minyak bijan goreng lagi 1-2 minit, tutup api
  7. hidangkan, taburkan sedikit bijan sedia utuk dimakan dengan nasi panas