Monday, August 23, 2010

Cube Potato Salad

bahan A rebus (tidak perlu letak garam)
2 biji ubi kentang size besar - basuh, rebus dgn kulit hingga masak & empuk, buang kulit, potong cube
1\2 carrot buang kulit - rebus seketul bersama ubi kentang, potong 4 & nipis selepas dimasak
1/2 tongkol jagung - rebus dgn kentang, lepas masak, hiriskan, ketepikan
2 genggam frozen kacang peas - rebus dgn kentang
1 biji telur - basuh rebus dgn kentang - potong nipis bahagian putih, bahagian kuning sagat semasa sebelum dihidangkan & ditabur atas salad.

bahan C - dipotong & diperah
1-2 biji timun jepun - basuh, potong jgn terlalu nipis, gaul dengan sedikit garam, bila ia mula lembut/layu, perah buang airnya separuh, ketepikan isinya
1/2 biji bawang besar - mayang nipis halus, basuh, perah airnya, ketepikan

bahan C salad dressing
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan sour cream (klu tdk ada sour cream letak lagi setengah cawan mayonnaise)
1/2 sudu kecil crush lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 biji lemon - perah jusnya atau 1 biji limau nipis- perah jusnya (saya tdk ada limau nipis jadi saya ganti dgn lemon, lebihkan lemon/limau nipis jika tdk guna sour cream ikut citarasa masing2)
sedikit gula or ajinomoto ( optional)

cara-cara

  1. satukan semua bahan A kecuali, kuning telur rebus
  2. satukan bahan B dgn bahan A gaul rata
  3. campurkan semua bahan C gaul rata, masukkan semua bahan-bahan gaul rata, hidangkan dalam pinggan, sagat telur kuning rebus tadi disekeliling salad tadi, jika suka sejukkan dahulu salad tadi , tudung dengan plastic wrap, sejukkan dalam fridge hingga sejuk sedia untuk dimakan
  4. boleh juga dihidangkan begitu sahaja dan tidak perlu disejukkan terlebih dahulu dahulu dalam fridge