Saturday, March 27, 2010

Chicken Burger

bahan-bahan
450gm ground chicken/ayam kisar -
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji telur
1/4 cawan fresh milk/susu segar
1 cawan bread crumb/2-3 keping roti gardenia - blend kasar, jika lebih, keringkan bawah cahaya matahari simpan dalam botol, tahan boleh disimpan lama bagi berbagai jenis masakan lain.
salt & crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
olive oil atau minyak masak untuk menumis dan goreng burger
5 sb ketchup/sos tomato
1 sb oyster sauce
1 caw mixed vegetables


cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan
  2. Masukkan telur dan susu dalam bekas, pukul sikit, campurkkan pula serbuk roti, kacau rata ketepikan
  3. Letakkan daging kisar dalam bekas lain, masukkan bawang yang telah di goreng tadi, dan campuran bahan serbuk roti tadi, bersama garam dan serbuk lada hitam yang telah ditumbuk tadi, gaul daging hingga mesra dan sebati, bahagi 4, bulat-bulatkan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly, bulatkan daging itu baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.
  4. Panaskan non stik fry pan dengan sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi masak guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, masukkan 1/4 caw air panas dalam frying pan tersebut alih-alihkan biarkan daging masak seketika untuk beberapa minit, balik-balikan lagi hingga airnya kering, angkat letak dalam pingan
  5. Selepas keluarkan daging burger, guna kuali yang sama dengan menggunakkan api sederhana, cepat-cepat terus tuangkan mixed vegetables goreng hingga secukup masak, tuang pula, oyster sauce, ketchup dalam sisa-sia gorengan daging dengan kuali yang sama, masak hingga secup masak, tuangkan cepat sauce nya ke atas daging burger yang telah di goreng, hidangkan dengan roti atau nasi panas