Friday, February 26, 2010

Masak Lemak Kuning Kerang Dengan Rebung


bahan-bahan
  • seketul inst. rebung yang telah direbus - basuh, potong nipis, ketepikan
  • 1 kg kerang segar- basuh, toskan
  • 1 pack kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan pekat/pati santan @ 1 kotak kecil fresh cream
  • *7 biji cili padi frozen - blend - ikut pedas
  • *kunyit hidup frozen sebesar ibu jari- blend
  • *1/4 bawang besar size sederhana - blend
  • *2 biji cili merah segar - blend
  • 1/4 keping asam gelugur dr sekeping asam (optional) saya tidak letak
  • 1 batang serai frozen - diketuk
  • 1 helai daun kunyit frozen - potong
  • sedikit garam, gula dan ajinomoto
cara-cara
Jerang 1cm air dalam periuk, bila ia mendidih masukkan kerang dan tutup tudung periuk, apabila 2-3 biji kerang terbuka masak, tutup api, keluarkan isi kerang dari cengkerangnya, ketepikan. Blend semua bahan bertanda* kemudian tuang bahan blend dalam periuk, kemudian masukkan rebung, santan dan isi kerang, asam gelugur, rebus dan timbuk-timbukan santan supaya ia tidak meruap, oleh kerana santan tidak cukup lemak jadi saya tambahkan sedikit fresh cream kebetulan ada stock dalam fridge, kemudian masukkan serai dan daun kunyit, masukkan sedikit gula dan ajinomoto serta garam timbuk lagi hingga ia masak, akhir sekali hidang dengan nasi panas