Tuesday, December 22, 2009

Lemang Segera

bahan-bahan ( menghasilkan 4 batang lemang )
1 kilo beras pulut - basuh, rendam dalam air selama 3 jam atau semalaman
1 helai daun pandan simpul
1 paket kecil serbuk santan + air panas secukupnya jadikan pati santan + garam secukupnya - kacau dgn whisks supaya ia tidak bergentel, ketepikan

cara-cara
Beras pulut, basuh, rendam dalam air selama 3 jam atau semalaman. Tos beras hingga masak, tuang santan yang telah dikacau dengan garam, rata-ratakan, letakkan daun pandan simpul, kukus pulut hingga betul-betul masak, bahagi kepada empat bahagian, bungkus kemas-kemas dalam daun pisang atau plastic wrap, dah siap, potong dan hidangkan dengan rendang atau serunding kegemaran.