Thursday, May 21, 2009

Beef Steak & Ground Black Pepper Sauce


Bahan-bahan ( 4 orang )
4 keping daging batang pinang segar - selain daging batang pinang pun boleh
4 sb olive oil atau minyak
4 sb madu lebah
4 ulas bawang putih tumbuk atau 4 sk garlic powder
4 sk sebuk ada hitam
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Tidak perlu basuh daging jika ia baru disembelih, kalau terlalu lama basuh kemudian lap kering dengan tuala tangan.
  2. Ketuk daging dgn pemukul daging hingga leper, kemudian cucu dgn pisau atau garpu
  3. Seasoning permukaan atas kemudian bawah daging mula2 sapu dgn madu, minyak, lada hitam dan garam, perap selama 4 jam, atau sehari, buat petang sebelum keesokan harinya, lebih lama lebih bagus ia dapat menghasilkan daging yang amat lembut apabila dimasak
  4. Sediakan kuali panas berisi sedikit minyak, bakar atau goreng kepingan daging atas dan bawah sedikit perang
  5. Lepas daging sedikit perang pada masa yang sama masukkan cendawan butang segar atau apa2 jenis cendawan yang lain yang telah dihiris jangan nipis ke dalam kuali hingga masak hingga daging masak kemudian tuangkan secukupnya apa jenis sauce yang disukai.
  6. Hias dgn celery roots, white carrot, carrot, brokoli, bunga kobis, kacang buncis dan kentang, rebus semua sekali direbus sedang-sedang sahaja kecuali kentang, masak hingga empuk dalam air rebusan yang sama, air rebusan tersebut jangan dibuang boleh digunakan untuk masak sup sayuran dengan kiub ayam + sedikit sebuk lada hitam rebus bersama mixed dry vegitables yang dijual di supermarket, hidang dan sedia dimakan dgn nasi atau roti
Ground Black Pepper Sauce
bahan-bahan
3 tbsp freshly ground black pepper
3 ulas bawang putih - cincang
2 sb butter
1 caw halal beef broth atau 1 cube halal instant beef broth
1 air panas
2 sb tepung
1 sk dry tarragon leaves, shredded - optional/tak ada pun ok
1 sb ketchup tomato/sos tomato
1 sb kicap pekat
1 sk cuka putih
¼ - ½ caw sweet cream, fresh milk, fresh cream or creamer (according to taste)

cara-cara
  1. Cairkan butter dalam saucepan dengan api sederhana. Masukkan bawang putih cincang, goreng sedikit keemasan, kemudian campurkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi masak selama1 ½ minit
  2. Masukkan tepung, kacau, masak hingga ia sedikit berbuih, dan tuangkan beef broth atau taburkan instant cube beef broth, kicap, cuka, ketchup rebus hingga mendidih
  3. Tuangkan pula cream dan taburkan tarragon, rebus lagi dengan api perlahan hingga pekat
  4. Hidangkan dengan honey beef steak dan mashed potatoes
Black Pepper Sauceresepi dari member myresepi.com, katanya sesuai untuk disajikan bersama daging,ayam steak/chop atau pon burger...
Bahan-bahan
3sb mentega 2-3 sb tepung gandum
300ml air panas
300 ml susu segar atau sedikit creamer
1 keping kiub lembu
1 sb kicap pekat
1 sk cuka
1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)
Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.
  2. Masak hingga berbuih.
  3. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.
  4. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.