Thursday, May 21, 2009

Beef Burger Steak



bahan-bahan
450gm ground beef/daging kisar - jangan basuh, beli fresh daging kisar, suruh tukang kisar daging basuh dulu dagingnya, kalau boleh minta dilapkan sekali daging tersebut supaya ia tidak berair

1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji telur
1/4 caw fresh milk/susu segar

1 cup bread crumb/2-3 keping roti gardenia - blend kasar atau halus, jika lebih, keringkan bawah cahaya matahari simpan dalam botol, tahan boleh disimpan lama bagi berbagai jenis masakan lain.

salt & crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
olive oil atau minya masak untuk mengorreng
5 sb ketchup/sos tomato
1 sb oyster sause

cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan

2. Masukkan telurdan susu dalam bekas, pukul sikit, campurkkan pula serbuk roti, kacau rata ketepikan

3. Letakkan daging kisar dalam bekas lain, masukkan bawang yang telah di goreng tadi, dan campuran bahan serbuk roti tadi, bersama garam dan serbuk lada hitam yang telah ditumbuk tadi, gaul daging hingga mesra dan sebati, bahagi 4, bulat-bulatkan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly, tulah baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.

4. Panaskan non stik fry pan dengan sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi mask guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, masukkan 1/4 caw air panas dalam frying pan tersebut alih-alihkan biarkan daging masak seketiaka untuk beberapa minit, balik-balikan lagi hingga airnya kering, angkat letak dalam pingan

5. Selepas keluarkan daging burger, guan api perlahan, cepat-cepat terus tuangkan, oyster sauce, ketchup dalam sisa-sia gorengan daging dengan kuali yang sama, masak 1-2 minit tuangkan cepat sauce nya ke atas daging burger yang telah di goreng, hidangkan dengan nasi panas