Thursday, May 21, 2009

Acar

Bahan Rebus
4 biji Lemon – belah 4, perah jus lemon, ketepikan airnya, kemudian buang pulur dalamnya, Cuma ambil kulitnya sahaja

1.5 -2 litter air
1 caw gula - secukupnya
1 caw cuka –secukupnya
Segengam halia – potong bulat
10 buah biji kurma
Segengam buah kurma cina
Segengam lobak masin – potong, tak ada pun tak ape
Segengam kismis

Bahan Tumbuk
Tumbuk halus Halia, bawang putih, bawang besar bersama jintan manis, jintan putih – secukupnya agak-agak la.

Bahan Tumis
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan biji sawi.
rempah kari daging dan serbuk cili - secukupnya

Bahan Tabur
Sedikit Bijan yang telah di goreng tanpa minyak – tak ada pun ok

Cara-cara

  1. Rebus kulit lemon bersama 1.5 liter air, kulit lemon, kurma cina, halia, cuka ,gula, dan garam dan perahan jus lemon tadi, bila kulit lemon empuk, lembut, dan gebu, semasa memasak sekiranya lemon belum empuk tambah lagi air sekiranya ia kekurangan air, masukkan pula buah kurma cina, halia, kismis masak kulit lemon tadi, tutup periuk, masak hingga empuk, lembut dan gebu, masukkan pula 10 ulas bawang putih, dan sebiji bawang besar potong 4 atau 6
  2. Panaskan 2 senduk minyak, basuh bahan tumis, bila bau wangi masukkan rempah + cili yang telah digaul dengan air secukupnya macam kita tumis kari itu, sehingga rempah benar2 masak dan pecah minyak
  3. Akhir sekali masukan bahan yang telah direbus tadi dengan airnya sekali, rebus ia hingga masak, kalau gula, cuka & garam kurang tambah lagi, masak lagilah hingga masak dan pekat,tabukan biji sawi, dan bijan, boleh disimpan dalam botol, selama lama lebih kurang setahun. Hidangkan
  4. Ini kali kedua saya masak acar guna kulit lemon sahaja, kulit limau tidak sesuai untuk acar instant ini kerana ia amat pedar.