Wednesday, August 31, 2011

Kelebihan Puasa Sunat Enam Hari Bulan Syawal


"sudut pengetahuan yang sangat berguna untuk kegunaan sendiri & dikongsi bersama, mari kita  beramal bersama, ruginya kalau tidak ambil kesempatan yang Allah kurniakan kepada kita semua selama ini, sempurnakah ke tidak puasa yang telah belalu selama ini, kecilnya kita disisi Allah  & hi takutnya azab siksaan kubur,  wallahualam entah cukup entah tidak amalan selama ini", petikan diatas adalah luahan hati sendiri tidak kena mengena dengan sesiapa samaada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, copy & paste artikel ini dari Ukwah.com, terima kasih banyak & Jazakhallahu Khairan Katira Ukwah.com


KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri

Turkish Mosque Tokyo, Japan

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah
Semoga Lebaran Kali Ini Menjadi Lebih Bermakna Lagi Buat Semua
&
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
dari aida sekeluarga
untuk semua 

Friday, August 26, 2011

Bubur Kacang Merah

bahan-bahan
150gm kacang merah - basuh toskan
gula secukupnya - ikut manis
sagu mata ikan yang telah direbus secukupnya - basuh, toskan
1 pack kecil inst. powder coconut milk - ikut lemak, bancuh dengan air secukupnya
1 helai daun pandan - koyakkan & simpulkan
sedikit garam
air secukupnya utk rebus  kacang merah

cara-cara
masukkan kacang merah dalam pressure cooker dan tuang sedikit air, agak-agaklah sendiri  masak dalam masa 10-15 minit bergantung pada size kacang merah , tutup api, buang pressure @ anginnya, masukkan gula, garam, taburkan sagu mata ikan dan daun pandan simpul, masak seketika hingga mendidih, tuang  secukup santan yang telah dibancuh dengan air, renih hingga mendidih, hidangkan 

Wednesday, August 24, 2011

Taufu Masak Kicap

bahan-bahan
2 ketul taufu sekeping ukuran sejengkal - di potong dan digoreng
1/4 bawang besar - potong
1 bawang putih - diketuk
1 cili merah segar - potong
1 cili hijau segar - potong
1 ikat kecil sohun - rendam dalam air hingga lembut, basuh, ketepikan
secekak kecil daun bawang - potong (optional)
kicap secukupnya
sejemputikan ikan bilis yang telah dikupas - basuh, ketepikan
sedikit garam, gula dan ajinomoto sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

cara-cara
potong taufu, goreng, ketepikan, tuaang minyak secukupnya tumis bawang putih bila naik bau, masukkan bawang, cili dan ikan bilis, goreng hingga naik bau wangi, masukan sohun dan  kicap,  goreng seketika, tuang air secukupnya, masukan taufu goreng, sedikit garam, gula dan ajinomoto goreng hingga sohun dan taufu secukup masak sederhana kering, masukan daun bawang masak seketika, tutup api,  hidangkan    

Che Ni

bahan-bahan
3  telur
11 cili kering - ikut pedas
1/2 bawang besar
1-2 ulas bawang putih
3sb sos tomato
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
minyak secukupnya untuk menumis
bijan secukupnya

cara-cara
telur direbus hingga keras, buang kulit, goreng pula dalam minyak penuh hingga kuning, angkat, ketepikan, blend kasar cili kering, bawan besar dan bawang putih, panaskan minyak secukupnya, tumis bahan blend sambil itu masukan sedikit gula masak hingga naik bau harum dan cili secukup masak, tuang sos tomato dan air asam jawa masak tomato secukup masak, masukan telur yang telah digoreng tadi, dengan sedikit garam,  jika perlu tuang sedikit air, masak hingga pekat, taburkan sedikit bijan yang telah disangai dan hidangkan

Bubur Kacang Hijau

bahan-bahan
150gm kacang hijau - basuh toskan
gula secukupnya - ikut manis
sagu mata ikan yang telah direbus secukupnya - basuh, toskan
1 pack kecil inst. powder coconut milk - ikut lemak, bancuh dengan air secukupnya
1 helai daun pandan - koyakkan & simpulkan
sedikit garam
air secukupnya utk rebus  kacang hijau

cara-cara
masukkan kacang hijau dalam pressure cooker dan tuang sedikit air, agak-agaklah sendiri  masak dalam masa 5-7 minit, tutup api, buang pressure @ anginnya, masukkan gula, garam, taburkan sagu mata ikan dan daun pandan simpul, masak seketika hingga mendidih, tuang  secukup santan yang telah dibancuh dengan air, renih hingga mendidih, hidangkan 


Tart Jem Nenas

Doh Untuk Tart
bahan-bahan
3 caw tpg gandum
2 1/2 sb tpg custard
2 sb tpg jagung
2 sb skim milk
200gm butter
3 sb ghee
1 sk garam
1 sb gula
1 kuning telur
1 sk esen vanilla

cara-cara
Pukul butter, ghee, garam dan gula hingga putih dan kembang dengan menggunakkan permutar kek, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla putar lagi diikuti skim milk putar lagi, diikuti tepung custard putar lagi, diikuti tepung jagung putar lagi hingga ia sebati dan lembut kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum gaul rata dengan sudik plastik hingga terbentuk sebiji doh, uli dengan tangan hingga ia lembut, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart gulung, tekan memanjang jangan putus, bahagian zigzag dibawah dan bahagian licin disebelah atas, letak jem nenas diatasnya sebelum itu gentel jem nenas sebesar jari kelingking, kemudian gulung seperti membuat kek gulung 4-5 kali lepas itu potong, susun dalam dulang pembakar, ulangi hingga habis, simpan tart jem nenas yang belum dimasak kedalam peti sejuk dahulu kemudian panaskan oven 150C dan bakar selama 15 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

Jem Nenas 
bahan-bahan
2 biji nenas
2 caw gula pasir
sedikit garam

cara-cara
Buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Biskut Sarang Semut

bahan-bahan
1 gelas butter atau margarine 
1 gelas gula
3 gelas tepung jagung
2 gelas tepung gandum
1 sk baking powder
2 kuning telur
chocolate rice secukupnya
cawan kertas secukupnya

cara-cara
ayak tepung jagung, tepung gandum dan baking powder, ketepikan,  pukul butter dan gula dengan tangan hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan kuning telur, gaul rata terus tuang semua tepung, adun dengan spatula atau sedip kayu hingga sebati, berhenti, satukan adunan tadi dengan jadikan sebiji adunan, ambil sedikit adunan picitkan ia melalui tapis yang sederhana besar lubangnya supaya keluar pendek-pendek atau bagi memudahkan kerja lagi genggam segenggam adunan sagat dengan penyagat, kemudian sudukan adunan atau masukkan ke dalam cawan kertas, taburkan chocolate rice, ulangi hingga habis, panaskan oven 170C, bakar selama 9-12minit atau secukup masak sejukkan atas redai, hidangkan, selebihnya disimpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, August 23, 2011

Buah Melaka

bahan-bahan
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan  air panas suam kuku
sedikit paste pandan
sedikit perwarna hijau
sedikit garam
1 keping gula gerek - potong kecil untuk balut doh
kelapa kering @ kelapa parut putih secukupnya - gaul dgn sedikit garam

cara-cara
didihkan air secukupnya untuk merbus buah melaka, potong gula gerek kecil-kecil ketepikan, satukan kesemua bahan-bahan gaul hingga jadi seketul doh, ambil sedikit doh sebesar ibu jari, leperkan, balut kemas  dengan seketul kecil gula gerek terus gelintir bulat-bulat, terus masukan dalam air mendidih, ulangi hingga habis, bila bebola buah melaka timbul atau terapung  keluarkan dengan penapis kecil terus golek-golekan atas kelapa, hidangkan  

Bubur Jagung

bahan-bahan
2 tongkol jagung manis jepun
5 cawan air atau santan cair
sagu mata ikan secukupnya - yang telah direbus
2/3 cawan gula putih - ikut manis
1 pack kecil inst. santan powder - jadikan 1 cawan santan
sedikit  garam
cara-cara

  1. basuh jagung, satu tongkol hiris nipis-nipis, satu tongkol lagi potong, kemudian kikis tongkol jagung itu ambil kanjinya, gaul rata, bahagi dua, blend separuh, tujuannya supaya ia berkanji dan pekat apabila dimasak nanti & separuh lagi ketepikan
  2. masukkan air dalam periuk, masukan jagung potong & jagung blend tadi, rebus atas api hingga ia sedikit mendidih, masukan  gula, sagu mata ikan, santan dan garam dan daun pandan, masak lagi hingga mendidih dan sederhana pekat,  hidangkan

Saturday, August 20, 2011

Kuih Semperit

bahan-bahan
200gm butter or margarine
432gm tepung custard
54gm tepung jagung
1 cawan castor sugar @  gula blend
1 penutup vanilla essence
2 biji telur
cherry merah @ hijau  secukupnya - potong cube kecil  - utk ltk atas kuih

cara-cara
  1. pukul butter dan castor sugar hingga kembang dan putih dengan mesin, tuangkan vanilla essence dan telur,  gaul rata dengan mesin
  2. masukkan tepung custard ke dalam adunan butter tadi gaul rata dengan mesin, masukkan tepung jagung gaul dengan mesin hingga jadi satu dough lembut yang tidak melekat pada tangan
  3. masukkan sedikit dough ke dalam acuan semperit, tekan dough dalam dulang pembakar secukupnya kemudian letak satu cube kecil ceri merah atau hijau atas setiap satu kuih semperit yang masih mentah
  4. tips berguna bagi mengatasi masallah sukar menekan kuih semperit  sekiranya terjadi atau kalau dough jadi keras sikit sila uli dengan mesin hingga lembut atau uli dengan sedikit butter atau majerin kemudian ulangi balik langkah no. 3 hingga habis, saya alami susah tekan dough akhir sekali ia keras sikit ada la dalam segenggam, saya dapat diatasinya uli balik dengan mesin dengan sedikit butter
  5. panaskan dahulu oven pada suhu 170C, bakar kuih semperit kurang daripada 9-12 minit atau hingga secukup masak, sejukkan dan hidangkan, selebihnya simpan dalam bekas kedap udara

Agar-Agar Susu

bahan-bahan
4gm agar-agar strip @ tali - basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan
800ml air
sagu mata ikan secukupnya
1/2 cawan susu pekat manis - ikut manis
secubit garam

cara-cara
tuang 800ml air ke dalam agar-agar yang telah direndam tadi masak hingga aga-agar itu larut, masukkan susu pekat manis dan garam,  didihkan lagi, tutup api, masukkan sagu mata ikan, sendukan  tuangkan ke dalam cawan atau gelas yang disukai, bekukan, hidangkan   

Agar-Agar Kemiyan

bahan A
4gm agar-agar strip @ tali - basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan
600ml air
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

cara-cara
tuang 600ml air ke dalam agar-agar yang telah direndam tadi masak hingga aga-agar itu larut, masukkan susu dan garam, didihkan lagi dalam dulang, bekukan dan sejukkan, potong cube kecil, ketepikan

bahan B
4gm agar-agar strip @ tali - basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan
800ml air
100gm gula merah - ikut manis

cara-cara
tuang 800ml air ke dalam agar-agar yang telah direndam tadi masak hingga aga-agar itu larut, masukkan gula didihkan lagi hingga gula larut, tapis terus  tuang ke dalam gelas atau cawan yang disukai, taburkan cube agar-agar susu secukupnya, bekukan dan sejukkan, hidangkan   

Friday, August 19, 2011

Udang Goreng Garam Kunyit

bahan-bahan
udang segar secukupnya
bawang besar secukupnya - potong
halia secukupnya - potong
bawang putih secukupnya - potong
tomato secukupnya - potong
cili hijau segar secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
garam kunyitkan udang, panaskan minyak, tumis semua bahan-bahan hingga naik bau wangi, kemudian masukan udang goreng secukup masak, masukan tomato, goreng seketika, hidangkan  tomato

Kuih Semperit

bahan-bahan
200gm butter or margarine - pada suhu bilik
475gm tepung jagung
136gm @ 1 cawan castor sugar @  gula blend
1 penutup vanilla essence
1 biji telur
cherry merah @ hijau  secukupnya - potong cube kecil  - utk ltk atas kuih

cara-cara
  1. pukul butter dan castor sugar hingga kembang dan putih dengan mesin, tuangkan vanilla essence dan telur,  gaul rata dengan mesin
  2. masukkan tepung jagung ke dalam adunan butter tadi gaul rata dengan spatula atau sudip kayu  gaul pula dengan tangan hingga lembut serta jadi satu dough lembut yang tidak melekat pada tangan
  3. masukkan sedikit dough ke dalam acuan semperit, tekan dough dalam dulang pembakar secukupnya kemudian letak satu cube kecil ceri merah atau hijau atas setiap satu kuih semperit yang masih mentah
  4. panaskan dahulu oven pada suhu 170C, bakar kuih semperit kurang daripada 9-12 minit atau hingga secukup masak
  5. sejukkan dan hidangkan, selebihnya simpan dalam bekas kedap udara

Thursday, August 18, 2011

Kacang Bendi Goreng

bahan-bahan
10 kacang bendi - basuh, potong menyerong
1/2 bawang besar size sederhana kecil -cincang
2 cili merah segar  - cincang
1 bawang putih - cincang
sedikit kicap cair
1 sk chicken cube serbuk
1 sk kunyit serbuk
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
tuangkan sedikit minyak, masukan bawang putih cincang, biar seketika diikut, bawang besar dan cili merah cincang masak hingga naik bau harum tuangkan sedikit sahaja kicap cair, masak seketika, taburkan sedikit chicken cube serbuk goreng seketika bagi naik bau, masukan kacang bendi goreng seketika, taburkan serbuk kunyit masak seketika, angkat dan hidangkan  

Vadai

bahan-bahan
150gm kacang dal - dibasuh, rendam hingga kembang, basuh, toskan, ketepikan
2 pelepah daun - basuh, lurukan dari pelepahnya, hiris
1 sb jintan manis
1 sk jintan putih jintan putih
1/2-1 bawang besar size sederhana  - potong dadu kecil-kecil
1 cili merah - buang biji,  potong dadu kecil
1 cili merah - buang biji,  potong dadu kecil
garam halus secukup rasa
sedikit ajinomoto (optional)
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
ketepikan dahulu 3-4 gemggam kacang dal,, selebihnya  tumbuk atau blend kacang dal sederhana halus jangan terlalu halus dan jangan telalu kasar, agak-agak-lah sendiri, basuh jintan manis & puth, toskan, tumbuk pecah2 sikit sahaja bagi mengeluarkan aromanya, gaul terus dalam kacang dal tumbuk & lebihan butiran kacang dal tadi,  bersama cili merah, cili hijau, bawang, daun  kari dan garam halus, optional kalau suka letak sedikit sahaja ajinomoto, bulatkan sikit, leperkan, hingga habis, goreng hingga secukup masak, hidangkan   

Kacang Kuda Rebus

bahan-bahan
150gm kacang kuda - dibasuh dan direndam dalam air  hingga kembang dan lembut
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus

cara-cara
basuh kacang kuda, tuang air secukupnya, masak guna api sederhana perlahan, apabila mendidih kecilkan api paling kecil renih  dan sekiranya  kurang air  semasa merebus sila tambah lagi, masukkan sedikit garam, kacau sikit, masak hingga empuk secukup masak, hidangkan

Kacang Kuda Tumis

bahan-bahan
1 mangkuk sedang kacang kuda rebus @ secukupnya  
1/4  bawang besar @ 2-3 ulas bawang merah - buang kulit, basuh, mayang nipis
1/2-1sb  biji sawi - dibasuh, ditoskan
2 pelepah daun kari
2 cili kering - patah dua
garam secukup rasa
sedikit minyak masak - untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit sahaja minyak, tumis bawang, biji sawi, daun kari dan cili kering hingga kuning dan harum, tuang atas kacang kuda rebus, gaul rata, hidangkan, rasa dulu, perasa dengan sedikit garam jika perlu dan hidangkan

Wednesday, August 17, 2011

Biskut Nestum

bahan-bahan
1 ketul butter atau margarine
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan nestum seisi keluarga
2 1/2 cawam tepung gandum
1 sk baking powder
1/4 garam halus
2 telur
2 sk vanilla essence
nestum secukupnya - untuk golek-golekkan @ sadur
ceri merah atau hijau secukupnya - potong

cara-cara
  1. ayak tepung gandum dengan baking powder dan garam, ketepikan,
  2. pukul butter dan gula hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan telur dan vanilla essence, gaul rata, tuangkan nestum  selang seli dengan tepung, gaul dan uli hingga jadi sebiji doh
  3. sediakan besin size sederhana, taburkan sedikit nestum, secukupnya, terus bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari, buat banyak-banyak  terus golek-golekan atas nestum, pusing-pusingkan dalam besin tersebut supaya semua bebola kecil doh tersebut  lekat nestum
  4. terus susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan minyak atau dilapik dengan baking paper, tekan sikit tengah doh dengan jari, letak ceri kemudian tekan ceri itu pula, terus  
  5. bakar pada suhu  180C selama 9-12 minit atau hingga secukup masak, sejukkan, hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara   

Air Sirap Bandung

bahan-bahan
gula secukupnya
sedikit rose essence
sedikit pewarna merah
susu pekat manis secukupnya @ susu segar secukupnya
air masak secukupnya - kalau guna susu pekat manis
ketulan ais secukupnya

cara-cara
masak atau bancuh dengan air panas gula, rose essence, perwarna merah, jadikan sirap pekat, tuang air sirap rose pekat, kalau guna susu pekat sila tuangkan air masaksecukupnya,sekiranya guna susu segar tuang  secukupnya, kacau, hidagkan dengan ais

Air Sirap

bahan-bahan
gula secukupnya
sedikit pewarna merah sedikit air panas
sedikit rose essence
air masak secukupnya
ketulan ais secukupnya

cara-cara
maasak atas dapur gula, rose essence dan perwarna merah dengan sedikit air sejuk hingga mendidih atau bancuh gula dengan sedikit air panas, tuang sedikit pewarna merah dan rose essence kacau hingga gula larut terus tuang ke dalam jar yang sesuai dengan  air masak  dan ketulan ais secukupnya,  jadikan air sirap ros secukup manis ikut selera masing-masing, hidang dengan ketulan ais dalam gelas pula, sedia untuk diminum  

Teh Tarik

bahan-bahan
500ml air panas - yang sedang mendidih
50ml serbuk daun teh
1/4 tin susu pekat manis

cara-cara
tuang air panas dalam jar yang sesuai, tutup sekejap biar ia kembang, sementara itu  tebuk tin susu pekat terus masukkan ke dalam mug, kacau air teh dengan sudu, terus tapis kedalam mug tersebut, kacau dengan sudu hingga susu pekat larut, tarik air teh tinggi, tinggi sehingga ia berbuih, hidangkan segera

Air Buah Longan

Bahan-bahan
500gm Logan Kering - kopek kulinya, keluarkan bijinya, basuh, toskan, ketepikan
Gula secukupnya
Air secukupnya


Cara-cara
  1. rebus logan kering bersama air secukupnya dengan api sederhana hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi guna api sederhana perlahan, apabila ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, secukupnya rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  2. Selok-eloknya cara memasak dengan pressure cooker jadi lebih senang dan mudah dimasak , masa memasak pun singkat
  3. selebihnya simpan dalam bekas berasing dan sejukkan dalam peti ais

Ais Tembikai

bahan-bahan
buah tembikai secukupnya
gula secukupnya
ais ketul secukupnya

cara-cara
potong dadu atau cincang buah tembikai, ketukkan ais ketul secukupnya, masukkan gula secukupnya, gaul rata dengan senduk, hidangkan

Air Buah Longan + Air Buah Kundur


campurkan kedua-duanya sekali

Bahan A
500gm Logan Kering - kopek kulinya, keluarkan bijinya, basuh, toskan, ketepikan
Gula secukupnya
Air secukupnya

Bahan B
1kg Buah kundur segar - buang kulit dan pulurnya, potong
gula merah atau putih - ikut suka

Cara-cara
  1. Sediakan Bahan A - Rebus logan kering bersama air secukupnya dengan api sederhana hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi guna api sederhana perlahan, apabila ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, secukupnya rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  2. Sediakan Bahan D - Rebus buah kundur dengan air yang mencukupi hinggga ia empuk, kemudian masukkan gula merah atau putih, masak guna api sederhana perlahan hingga ia jernih, masa merebus 3 jam
  3. Selok-eloknya cara memasak untuk  bahan A dan B sesuai masak dengan pressure cooker kerana ia lebih senang dan cepat dimasak , masa memasak pun singkat
  4. lenyek buah kundur yang telah dimasak tadi kemudian campurkan kedua-dua bahan,  hidangkan segera panas atau sejuk  
  5. selebihnya simpan dalam bekas berasing dan sejukkan dalam peti ais

Tuesday, August 16, 2011

Apum Balik

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 soda bicarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sk baking powder

bahan tabur
1 tin jagun tin - aida ltk 1 tongkol jagung manis - potong/hiri, preheated dalam microwave oven selama 1-2 minit
1 cawan kacang tanah - grg tpa myk, buang kulit, dimesin kasar
1 cawan gula
sedikit mentega - aida ltk sedikit cube butter beku - potong nipis (diltk sblm lipat dua & sblm angkat apum balik)

cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.

Lychee Kang


cara menghidang Lyechee Kang 
Sagu Mata Ikan yang telah dimasak 
Air Buah Longan yang telah dimasak dan disejukkan  

Air Buah Kurma Cina yang telah dimasak dan disejukkan  


Air Buah Kundur yang telah dimasak dan disejukkan  

Bahan-bahan
Bahan A Rebus
500gm Sagu Mata Ikan @ sagu kasar/besar- tidak perlu dibasuh
Air secukupnya untuk merebus

Bahan B
500gm Logan Kering - kopek kulinya, keluarkan bijinya, basuh, toskan, ketepikan
Gula secukupnya
Air secukupnya

Bahan C Rebus
300gm Buah Kurma Cina - dibasuh
Gula secukupnya
Air secukupnya
Bahan D Rebus
1kg Buah kundur segar - buang kulit dan pulurnya, potong
gula merah atau putih - ikut suka

Cara-cara
  1. Sediakan Bahan A - Didihkan air secukupnya dalam periuk paling besar biar ia mengelegak dan mendidih guna api paling besar, kemudian taburkan biji sagu diatasnya, agak-agak lah bila nampak satu lapisan nipis, tambahkan air, rebus seketika hingga ia mendidih, tutup periuk, perlahan kan api paling kecil sekali, biar ia masak hingga jernih dan sekali-sekala kacau-kacaukan ia supaya ia tidak melekat pada periuk, tambah lagi air sekiranya air rebusan jadi pekat, masak bagi ia jernih, ulangi tambah air lagi masak sehingga sagu masak sepenuhnya dan  jernih, tutup api, tapis buang air rebusannya, bilas hingga kanjinya habis., toskan. Masa memasak lebih kurang 3 jam
  2. Sediakan Bahan B - Rebus logan kering bersama air secukupnya dengan api sederhana hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi guna api sederhana perlahan, apabila ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, secukupnya rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  3. Sediakan bahan C - Rebus kurma cina, masukkan air secukupnya, rebus menggunakan api sederhana , tutup periuk, rebus hingga ia lembut tambahkan gula, jika air kurang tambah air, tutup periuk lagi guna api perlahan, masak sampai ia kembang dan lembut
  4. Sediakan Bahan D - Rebus buah kundur dengan air yang mencukupi hinggga ia empuk, kemudian masukkan gula merah atau putih, masak guna api sederhana perlahan hingga ia jernih, masa merebus 3 jam
  5. Selok-eloknya cara memasak untuk  bahan B,C,D sila masak dengan pressure cooker kerana ia lebih senang dan cepat dimasak kecuali memasak Bahan A harus dimasak atas dapur dalam periuk biasa
  6. hidangkan panas atau sejuk  
  7. selebihnya simpan dalam bekas berasing dan sejukkan dalam peti ais

Watermelon Juice

bahan-bahan
buah tembikai secukupnya
gula secukupnya
ais ketul secukupnya

cara-cara
buang kulit tembikai, potong, letak terus dalam blender, tuang gula secukupnya, blend halus, hidangkan dengan ais ketul secukupnya

Thursday, August 11, 2011

Banana Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan dgn jar matrik)
4 biji @ 288gm isi pisang montel masak ranum yang telah dilenyek - size sederhana besar
100gm plain yogurt - sukatan gram
50gm minyak masak - sukatan gram
200ml gula
450ml tepung gandum
1 telur - size kecil
1 sk bicarbonate soda
1 sk baking powder
2 sk vanilla essence
1/2 sk garam halus

cara-cara
lenyek pisang kemudian gaul dengan gula, yogurt, telur dan minyak, diikuti tepung, diikuti baking powder, bicarbonate soda, gaul rata, taburkan garam, gaul lagi, vanilla essen kacaul lagi, panaskan microwave oven pada suhu 200C, tuang adunan dalam bekas muffin, bakar selama 25 minit, hidangkan   

Puding Jagung

bahan-bahan
2 tongkol jagung segar - basuh, hiris isinya hingga habis, kikis tongkolnya dengan pisau untuk mendapatkan sagunya 
1 kelapa parut
600ml air
140ml tepung custard
100ml gula
sejemput kecil garam halus
1 penutup vanilla essence

cara-cara
perah kelapa parut dengan 600ml air jadikan santan terus masuk santan ke dalam periuk yang sesuai dan campurkan kesemua bahan-bahan, masak guna api sederhana perlahan sampai  pekat, kecilkan api masak hingga tidak melekat pada senduk,  masak lagi sehingga jernih, terus tuang dalam dulang, sejukkan, potong mengikut bentuk yang disukai dengan pisau dan hidangkan

Bubur Jagung

bahan-bahan
2 tongkol jagung segar
santan secukupnya
gula secukupnya - ikut manis
sedikit garam

cara-cara
basuh, hiris isi jagung  hingga habis, kikis tongkolnya dengan dengan pisau bagi mendapatkan sagunya, masukkan gula, santan dan garam, masak hingga mendidih dan jagung secukup masak, hidangkan  

Tuesday, August 9, 2011

Rasam Mamak Ghani

bahan A
3 biji telur
sekepal besar asam jawa - ikut masam, lebih masam lagi bagus
300ml air

bahan B tumbuk halus  atau blend halus (sila basuh bahan dahulu)
1sb jintan manis 
1sb lada hitam 
1 labu bawang putih - tidak perlu kupas kulit, tumbuk dengan kulitnya sekali
700ml air

bahan C tumis
3 ulas bawang merah @ 1/4 bawang besar - basuh, mayang nipis
2 pelpah daun kari - basuh, lurutkan daun kari, ketepikan
1 sk biji sawi - basuh, ketepikan
3 cili kering - basuh, tidak perlu potong
1 sk kunyit serbuk
1 senduk minyak masak
1 sk garam atau lebih
1sb gula
sedikit ajinomoto

cara-cara
bahan A cuma perah  asam jawa dengan 300ml air,ketepikan, tumbuk  halus kemudian perah dengan 700ml air, tapis, ketepikan  atau blend  bahan B dengan sedikit daripada 700ml air itu, selebih air  itu perah & tapis jadikan 700ml ketepikan, sediakan bahan C, panaskan satu senduk minyak, tumis bawang, cili daun kari dan biji sawi sekali gus hingga naik bau harus dan bawang kekuningan, masukan air tapisan bahan B, air asam jawa dan masak  hingga mendidih , sederhana perlahkan api,  terus pecahkan telur sebiji demi sebiji, biar ia masak seketika hingga sederhana pekat, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, masak seketika lagi, tutup api, hidangkan

Monday, August 8, 2011

Kuih Ketayap

bahan A Inti kelapa
100gm @ 1 cawan kelapa parut putih
100gm gula kabung atau merah secukupnya
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit air tepung jagung

bahan B batter
150gm/ 1 1/4 caw tepung gandum
1/4 sk garam
2 telur size kecil
150ml santan cair atau susu segar
100ml jus daun pandan dan beberapa titik warna hijau atau pandan paste
65 ml @ 1/4 caw air
1 sk minyak untuk gris kuali

cara-cara
Campurkan kesemua bahan A, kecuali air tepung jagung, masak hingga separuh masak tuang pula air tepung jagung, masak hingga kering, sejukan dan ketepikan. Campur semua bahan b, kecuali minyak, kacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu sila tapis. Masak  satu  persatu pancake  nipis, balut satu per satu seperti spring rolls, hidangkan

Sunday, August 7, 2011

Agar-Agar Telur

bahan-bahan
4gm agar-agar tali - basuh bersih, rendam dalam *800ml air
*800ml air
70gm gula
1/4 sk garam
1 telur- pukul sikit + kacau dengan  1/4-1/2 sk vanilla essence kedalamnya, ketepikan  
sedikit pewarna kuning dan sedikit pewarna oren
1 sk vanilla essence

cara-cara
masak agar-agar yang telah direndam dengan secukup sukatan airnya hingga larut, masukkan gula, garam masak lagi  hingga gula dan garam cair, tuang sedikit pewarna kuning dan pewarna oren, diikuti vanilla essence, curahkan telur sedekit-demi sedikit, kacau dengan pemukul telur, masak seketika, tutup api, basahkan bekas acuan agar-agar, tuangkan dalam acuan, sejukkan, hidangkan  

Kari Ayam

bahan A
560gm isi ayam atau ayam yang telah dipotong - bersihkan, toskan dalam penapis
300gm ubi kentang kentang - kupas kulit, belah dua
1 pack kecil santan - jadikan 1 cawan santan pekat
1 pokok daun sup atau 1 pokok daun ketumbar - potong halus
1 keping asam gelugur

bahan B paste tumbuk halus
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia muda
1 sb jintan putih
1 sb lada hitam - tumbuk halus untuk diperap bersama ayam sahaja
garam dan ajinomoto secukup rasa


bahan C tumis
*2-3 batang kulit kayu manis
*3-4 kuntum bunga lawang
*7 kuntum bunga cengkih
*7 biji buah pelaga
minyak secukupnya untuk menumis
1 caw sederhana besar rempah kari daging babas
air secukupnya untuk tumis rempah

cara-cara
  1. Masukkan separuh bahan B yang telah dtumbuk halus ke dalam isi atau ketulan ayam yang telah dipotong, perap seberapa ketika yang boleh lebih kurang 30 minit - 1 jam dan separuh lagi paste tumbuk itu untuk menumis
  2. Panaskan minyak, sedikan bahan C, basuh dan masukkan bahan yang bertanda * kemudian tumis hingga ia berbau wangi, masukkan separuh lagi bahan B yang tumbuk tadi ,tumis hingga kuning keemasan, tutup api, campurkan serbuk rempah kari dan gaul rata lebih kurang 1 minit, masukkan pula air secukupnya, nyalakan balik api, kacau rempah hingga masak, pecah minyak dan berbau harum, masukkan ayam, ubi kentang dan asam gelugur goreng lagi selama 10-15 minit, tuangkan santan secukupnya dan kacau rata, masak hingga ayam dan kentang empuk serta kuahnya sederhana pekat, taburkan daun sup atau daun ketumbar, kacau seketika, tutup api, hidangkan 

Tiram Masak Lemak

bahan-bahan 
500gm isi tiram segar
1 pack kecil santan - jadikan 1 cawan santan pekat
1 instant rebung rebus - basuh, potong nipis
1/2" kunyit hidup 
13 cili padi hijau  jenis besar - ikut pedas
1/4 bawang besar 
sejemput gula  
sedikit garam
1 batang serai - diketuk
1 cawan air - blend dengan bahan blend

cara-cara
 blend  kasar bawang, cili padi dan kunyit hidup dengan 1 cawan air, tuang dalam periuk, masukkan rebung dan gula ,  rebus hingga hilang bau maung dan pedas cili berkurangan, masukkan serai, rebus seketika, masukkan isi tiram dan garam rebus lagi seketika hingga setengah masak, masukkan santan  timbuk-timbukkan santan masak hingga santan mendidih,  hidangkan  

Lompong Sagu

bahan-bahan
1 cawan sagu halus
12 cawan air @ 3 liter/ @1/2 periuk sederhana besar - letak air lebih pun ok
1 cawan gula
sedikit garam
sedikit essence rose
sedikit pewarna merah
kelapa parut segar gaul dgn sedikit garam or kelapa kering tidak perlu letak garam - secukupnya

cara-cara
rebus air hingga benar-benar mendidih, taburkan sagu rebus selama 10 minit, tudung periuk, tutup api, biar ia terendam dalam air didihan rebusan tadi selama 10 minit sampai ia jernih, kemudian tapis dan buang air rebusannya dan terus basuh dan bilas dengan air paip mengalir hingga bersih, toskan, basuh periuk merebus tadi kemudian masukkan balik sagu rebus tadi ke dalam periuk yang sama, tuang gula, garam, essence rose dan sedikit pewarna merah, masak balik atas api hingga gula dan sagu kering serta berpalut dan tidak melekat pada sudip kayu atau jadi seketul dough besar, terus tuang dalam dulang, ratakan, sejukkan, golekkan atas kelapa, hidangkan

Kari Telur

bahan A
5biji telur - rebus, buang kulitnya
2 biji kentang saiz xl - potong
1/2-1 pack kecil santan - bancuh dengan 1 cawan
500ml air - untuk dijadikan kuah
1 keping asam gelugor @ sedikit air asam jawa, air lemon atau cuka
sedikit garam
sedikit gula atau ajinomoto
1 pokok ketumbar  atau 1 pokok daun sup - potong halus

bahan B tumbuk atau blend
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar 2 ibu jari

bahan C
1 senduk minyak untuk menumis
1 senduk rempah daging
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis bahan C kecuali rempah, bila naik bau, masukkan pula bahan B tumis lagi kacau hingga naik bau, masukkan pula rempah, sedikit air, masak hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
  2. Seterusnya masukkan kentang,  asam gelugur, air, garam, gula atau ajinomoto dan santan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat, masukkan telur rebus masak seketika,  taburkan daun ketumbar atau daun sup kacau atau gaul, tutup api, hidangkan

Puding Karemel


bahan A (sila sukat bahan gula gelas matrik)
6 biji telur ayam
500 ml susu segar 
1/2 gelas gula putih
1/4 sk garam - secukup rasa

bahan B Karamel
1/2 gelas gula
1/4 gelas air

cara-cara
  1. Sebatikan sahaja gula dengan pemukul telur, masukkan garam dan susu segar, kacau hingga gula larut, ketepikan    
  2. Panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Tuang kuah caramel ke dalam dulang kaca, ratakan atau pusingkan gula caramel dalam dulang agar ia rata sepenuhnya , biar ia suam dahulu, kemudian masukkan Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi, tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana perlahan sehingga masak.
  4. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  5. Jika suka simpan didalam peti sejuk, rasa puding menjadi lebih sedap jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.
  6. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak.
  7. Tutup permuakaan dulang puding dengan pingan hidangan besar yang sesuai, terbalikkan atau terlangkupkan puding tersebut supaya puding itu dapat di keluar sepenuhnya bersama kuah caramel
  8. potong ikut suka , pastikan hidangan yang bercaramel mestilah diatas, hidangkan.

Saturday, August 6, 2011

Sagu Gula Melaka

bahan-bahan
3 liter @ 12 cawan air
200gm @ 1 cawan sagu halus
200gm @ 1 1/3 cawan gula melaka
150ml @ 2/3 cawan air
1 helai daun pandan simpul yg telah dikoyakkan  
250ml @ 1 cawan santan kelapa atau susu segar


cara-cara
  1. Didihkan air hingga mendidih dalam periuk besar, Taburkan sagu ke dalam air mendidih, selepas beberapa minit kacau sekejap tujuannya halang sagu daripada melekat ke dasar periuk. Masak sagu selama 10 minit. Tutup api, tutup periuk dan ketepikan untuk 10minit  lagi biar ia terendam dalam air didihan  tadi sehingga sagu  jernih, ini menunjukkan bahawa ia telah masak
  2. Tuangkan sagu ke dalam tapisan dan bilas di bawah air yang mengalir untuk mencuci kanji yang berlebihan, sehingga bijirin sagu longgar dan berasingan. Toskan sagu, terus.
  3. Sudu sagu ke dalam acuan jeli yang dibilas atau letak dalam gelas pencuci mulut  kecil, sejukkan.
  4. Campurkan gula, daun pandan simpul dan air dalam kuali kecil dan renih sehingga larut, tapis, sejukan
  5. Untuk menghidang,  keluarkan dari bekas jelly kecil atau biarkan ia dalam gelas pencuci mulut sagu tersebut, tuang  air sirap gula merah secukupnya, diikuti  santan kelapa atau susu secukupnya.

Thursday, August 4, 2011

Sup Ayam

bahan A - Rebus @ Renih
500gm ayam - potong, basuh, toskan, ketepikan
seketul halia sebesar ibu jari - diketuk @ dimayang halus
2-3 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis
air secukupnya untuk rebus ayam

bahan B - Blend Kasar  @ Tumbuk Kasar
1 sk biji rempah
1 sb lada hitam
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkih
2-3 biji buah pelaga
1 sb jintan manis
1 sk jintan putih
1 isi biji buah pala
kain kasa/muslin + benang putih - untuk bungkus & ikat bahan blend

bahan C - Tumis
bawang merah atau 1/4 bawang besar - mayang nipis
minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Untuk Tabur
secukupnya daun bawang - hiris halus
secukupnya daun sadri dan daun ketumbar - hiris halus

bahan E
garam
gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend kasars emua bahan kemudian bungkus rempah sup bunjut dengan kain kasa atau muslin, ikat dengan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh ayam kemudian potong, masukkan terus dalam periuk dan bungkusan sup bunjut tadi dan juga garam, campurkan halia ketuk atau halia mayang halus, buah pelaga, kulit kayu manis, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih ayam guna api paling sederhana, masak sehingga ayam empuk, perasa ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  3. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja,jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api, buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit, hidangkan, tabur sedikit lagi daun sadri & daun bawang yang selebihnya sedia untuk dimakan  


Orange Ice Blended

bahan-bahan
2 orange - jenis masam
4 sb gula @ secukupnya
sedikit garam
ais ketul secukupnya

cara-cara
basuh orange, buangkan kulinya, potong, buang bijinya dan terus masukkan dalam blender, blend dengan gula dan garam hingga halus, masukkan ais ketul secukupnya blend sehingga jadi  macam ais yang mula membeku dan pekat, hidangkan  

Nasi Belanga

bahan-bahan
  • 1 ketul boneless chicken legs - potong kecil  
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 ketul sebesar segenggam halia - kikis kulitnya, dicincang
  • 3 keping cendawan hitam - basuh, rendam dalam air sejuk, kemudian gunting jgn terlalu nipis atau tebal, jgn buang air rendaman cendawan tersebut untuk dimasak dengan nasi
  • 3caw beras jepun - dibasuh dan di toskan, air untuk masak nasi ikut sukatan sendiri, bergantung pada beras,campur sekali dengan air rendaman cendawan diatas, cukup-cukup untuk masak nasi  
  • kicap cair, oyster sauce,lada hitam crush secukupnya
  • minyak masak untuk menumis secukupnya

cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia yang telah dicincang tadi , goreng hingga wangi dan kekuningan, masukkan oyster sauce, kicap, lada hitam 
  2. perahkan sedikit cendawan, keluarkan airnya jangan terlalu kering, goreng dan kacau rata lebih kurang 1-2 min,
  3. ketepikan air rendaman cendawan tadi untuk masak nasi,  
  4. masukkan pula ayam 2-3 min, goreng lagi hingga sedikit keputihan,
  5. campurkan beras, goreng lagi hingga beras jernih,
  6. tuangkan air lebihan rendaman cendawan, dicampur dengan air secukupnya untuk menanak nasi, kemudian masukkan garam secukupnya,kacau nasi hingga kering, sila pilih mana kaedah 7, 8 atau 9 tanak hingga masak, hidangkan  
  7. Kalau guna electric stove lepas nasi kering, padamkan api terus tutup periuk, 2-3 min kemudian serih nasi itu dan hidangkan.
  8. Kalau guna dapur gas biasa pula, lepas masak nasi, tutup periuk, perlahankan api, bila dah masak serih nasi, hidangkan
  9. Atau lepas nasi kering masukkan ke dalam rice cooker, tekan button masaklah hingga kering & masak nasi itu hingga secukup masak, kemudian serih nasi, hidangkan
  10. Sekiranyanya nasi mentah lagi masukan dalam bekas kaca, wrap dengan plastic wrap masak dalam microwave oven preheat hingga masak, hidangkan.

Jenahak Tiga Rasa

bahan A - masakkan air tangan mak
2kg ikan jenahar dari seekor ikan
serbuk kunyit secukupnya - utk gaul ikan
garam halus secukupnya - utk gaul ikan
minyak secukupnya - utk menggoreng ikan
1/2 biji nenas - potong dadu kecil

bahan B (blend kasar)
5 cili merah segar
5 cili kering - potong, rendam dalam air @ air panas, basuh, ketepikan
4 ulas bawang putih
1  bawang besar
halia sebesar ibu jari

bahan C
tomato sauce secukupnya 
chili sauce secukupnya 
garam secukup rasa 
sedikit gula
sedikit ajinomoto 
minyak secukupnya utk menumis 

cara-cara 
siang ikan, basuh, toskan, kelar-kelarkan jaranyak sebesar jari kelingking, gaul ikan dengan garam halus dan sebuk kunyit secukupnya, panaskan minyak secukupnya, goreng ikan hingga masak kedua-dua belahnya, angkat, ketepikan, sementara menanti ikan masak  potong nenas, ketepikan, blend bahan B, ketepikan, tuang minyak yang baru secukupnya ke dalam kuali lain, bila minyak mula panas tuangkan bahan B goreng hingga naik bau wangi dan harum dan cili secukup masak serta pecah minyak, tuangkan pula chili sauce dan tomato sauce secukupnya, goreng lagi hingga naik bau wangi, taburkan nenas cube, goreng lagi hingga nenas cukup masak dan naik bau wangi lagi, perasa dengan garam gula dan ajinomoto secukupnya, masukkan ikan goreng tadi, alih-alihkan dalam sauce tersebut, hidangkan seberapa segera       

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails